Rabu, 2010 Februari 03

Aku Terima Ketentuan MU (Ziela Kembali Tidak Stabil)

Selepas 3 tahun 6 bulan anak ku Jila membuat pembedahan di kepala kerana mengidap kanser, kini keadaan nya kembali tidak stabil.
Sebelum ini doktor yang merawatnya mengatakan Jila mungkin hanya akan bertahan selama 5 tahun selepas pembedahan. Walaubagaimanapun nampaknya penyakit kansernya lebih cepat merebak dari yang dijangkakan.
Kami sekeluarga mengambil keputusan tidak akan membenarkan pembedahan kali kedua untuk Jila kerana itu akan menambah lagi kesakitan yang ditanggungnya.
Hanya kepada Allah aku berserah dan menerima dengan rela segala ketentuan dari Allah.

Keadaan Ziela sebelum menjalani pembedahan


Keadaan Ziela selepas menjalani pembedahan


Keadaan Ziela setelah sembuh dari pembedahan


Keadaan Ziela setelah kembali tidak stabil.

Khamis, 2009 Disember 31

Wajah-Wajah Arwah Ayahku



MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Isnin, 2009 Disember 21

Ayahku Kembali Ke Rahmatullah

Setelah aku menjaga ayahku yang sakit tenat selama empat malam berturut-turut di Hospital Besar Tawau, akhirnya pada 20 Disember 2009 jam 3.20 petang, ayahku telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ayahku mengidap ulser yang kronik yang memerlukan pembedahan segera. Walaubagaimanapun dalam masa yang sama ayahku juga mengalami keadaan jantung yang lemah menyebabkan pembedahan tidak dapat dijalankan.

Kepergiannya begitu memilukan aku kerana seumur hidupku ini adala kali yang pertama aku kehilangan salah seorang ahli keluarga terdekatku. Kini barulah aku rasa bagaimana sedihnya kehilangan orang yang tersayang.

Ya Allah, tempatkan lah ayahku bersama-sama orang yang Engkau rahmati.

Selasa, 2009 November 10

2012

Di petik dari KOSMO! - 11 Nov. 2009

 

Teori Hari Kiamat

Kalendar kaum Mayan meramalkan kiamat berlaku pada 2012 dan seluruh dunia kini berbicara mengenainya. Apakah bentuk-bentuk kemusnahan yang mungkin boleh terjadi pada dunia?



RAMALAN tarikh kiamat bukan perkara baru. Sudah acap kali penduduk dunia dimomokkan dengan ramalan hari kiamat berlaku pada tarikh tertentu, namun ternyata nafas dunia belum terhenti. Seorang petani di New England pernah meramalkan kiamat berlaku pada 23 April 1843 sehingga memiliki pengikut yang digelar The Millerites. Tarikh 1 Januari 2000 juga tidak terkecuali antara yang pernah diramalkan.
Terdahulu, riuh pada tahun 1806 apabila seorang penternak di Leeds, Britain mendakwa seekor ayam betinanya mengeluarkan telur bertulis 'Christ is coming' dan masyarakat dunia menjangkakan itu petanda kiamat hampir tiba. Pengasas gereja Mormon pernah menggemparkan dunia apabila memberitahu kiamat bakal berlaku sebelum tahun 1891.
Tahun ini, ramalan kedengaran lagi. Kali ini berdasarkan teori 'pengakhiran kalendar' kaum Mayan, Mexico, kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Filem berkisar mengenainya '2012' bakal ditayangkan di pawagam esok. Sama ada ramalan itu benar atau tidak, kita hanya akan mengetahuinya tiga tahun lagi.

RUPA salah satu asteroid yang terapung di angkasa.


Bagaimanapun, keadaan kali ini agak berbeza kerana manusia sedang digomol ketakutan ekoran alam bagaikan menunjukkan tanda-tanda enggan lagi bersahabat dengan manusia. Siri bencana alam luar biasa dan perubahan cuaca yang agak ekstrem menggamit resah.
Bagi mereka yang beriman dengan hari kiamat, hari itu pasti akan tiba. Meski kita tidak tahu bagaimana dan bila ia sebenarnya akan berlaku, namun hari kiamat paling rapat dikaitkan dengan peristiwa kehancuran dunia. Di sini, kita membicarakan tentang kehancuran dunia dan apakah yang memungkinkan ia berlaku.
Saintis mula menjangkakan dunia ini bakal hancur menerusi teori big bang yang diperkukuhkan oleh Edwin Hubble pada tahun 1929. Teori itu mengatakan alam semesta ini terbentuk daripada satu letupan dan ia sedikit sebanyak menggambarkan begitulah juga pengakhirannya atau big crunch. Jika benar teori itu, saintis menjangkakan alam semesta yang kini berusia 13.7 bilion tahun akan 'mati' pada 20 bilion tahun dari sekarang.

AIS yang mencair boleh menyebabkan banjir besar di bumi.


Namun begitu, ia bukanlah satu-satunya cara kemusnahan dunia khususnya bumi. Planet yang didiami manusia itu terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan seluruh alam semesta. Bumi ibarat setitik pada satu galaksi dan terdapat berbilion-bilion galaksi di alam semesta.
Menurut Pegawai Sains di Agensi Angkasa Negara, Mohd. Zamri Shah Mastor yang ditemui di Putrajaya baru-baru ini, kehancuran dunia atau bumi boleh berlaku menerusi beberapa cara.
Hentaman objek
"Pertama adalah menerusi hentaman objek-objek yang terapung di angkasa lepas seperti komet atau asteroid. Terdapat bukti bahawa objek-objek ini boleh memusnahkan," katanya sambil menunjukkan sekeping gambar terbaru permukaan bulan yang pernah dirakamkan oleh misi angkasa Jepun, Selena.
"Kawah-kawah yang terbentuk pada bulan planet bumi adalah hasil hentaman daripada objek-objek ini. Bulan dan bumi kita terletak berhampiran. Bumi kita terselamat kerana memiliki atmosfera. Setiap kali komet dan asteroid cuba menerjah astmosfera bumi, ia akan musnah terlebih dahulu. Bayangkan apa akan terjadi jika manusia berterusan memusnahkan atmosfera dan lapisan ozon bumi?" soal Zamri yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang sains angkasa.
"Saintis turut mengaitkan kepupusan dinosaur di muka bumi satu ketika dahulu dengan peristiwa hentaman komet. Peristiwa Tunguska yang menyebabkan kewujudan kawah seluas 2,150 kilometer persegi di Siberia pada tahun 1908 dipercayai disebabkan hentaman objek dari angkasa lepas," katanya.

GAMBARAN bencana besar di bumi yang dipaparkan dalam filem 2012 yang bakal ditayangkan di pawagam esok.


Menurut Zamri, berdasarkan laporan Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) di laman web http://neo.jpl.nasa.gov, boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja asteroid yang bergerak menghampiri bumi dan berpotensi melanggarnya. Namun ia tidak berlaku kerana atmosfera kita masih menjadi perisainya. Terdapat 1,077 asteroid yang dikenal pasti berpotensi menghentam Bumi. Namun, lazimnya kata Zamri, saintis hanya menyedari kehadiran sesuatu asteroid apabila ia telah melepasi bumi.
"Antara asteroid yang paling hangat diperkatakan kini adalah asteroid Apophis. Ahli astronomi pada mulanya menjangka ia akan melanggar bumi pada tahun 2029 sebelum diubah kepada 2036.
"Asteroid ini dikatakan akan berada kira-kira 30,000 kilometer (dianggap hampir) dari bumi dan boleh mencetuskan bencana yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Bagaimanapun, berdasarkan saiznya, ia dijangka tidak akan memusnahkan bumi sepenuhnya," kata Zamri.
Perlanggaran galaksi
Selain daripada hentaman komet atau asteroid kata Zamri, bumi juga boleh musnah apabila berlakunya perlanggaran antara galaksi. Kejadian pertembungan antara galaksi memang pernah berlaku.

ZAMRI menunjukkan satu gambar permukaan bulan terbaru yang teruk dihentam objek terapung di angkasa seperti asteroid dan komet.


"Jika ia berlaku, seluruh isi galaksi berkenaan akan berlanggar dan tunggang terbalik. Lebih teruk daripada tsunami pun boleh berlaku," katanya.
Bagaimanapun Zamri berkata, kalangan saintis juga percaya ada kemungkinan alam semesta ini tidak akan berakhir, sebaliknya terus berkembang pesat. Bahkan, ada yang mendakwa bahawa bukti-bukti lebih terarah kepadanya.

PERBUATAN manusia menjadi salah satu punca berlakunya bencana alam. – Gambar hiasan. (KANAN) Hampir setiap hari, ada asteroid yang cuba menghampiri bumi.


Sementara itu, menurut bekas Ketua Jabatan Geologi, Universiti Malaya, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, bencana yang dahsyat dan besar boleh berlaku apabila plat-plat bumi bergerak semakin pantas dan mengakibatkan pertembungan sesamanya.

"Plat-plat itu kini bergerak lebih pantas dan bertembung dengan kerap berbanding sifat tabiinya sebelum ini. Sebab itulah kini semakin kerap berlaku gegaran gempa bumi dan kita biasa mendengar tentang tsunami. Malaysia yang tidak terletak di Lingkaran Api Pasifik pun sudah boleh merasai gegarannya. Apa akan terjadi sekiranya plat-plat itu bergerak semakin pantas?" soalnya sambil memberitahu bumi kini berusia 4.5 bilion tahun.
Fenomena alam berangkai
Mohamad Ali menerangkan, plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia sendiri seperti pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan penggerudian dasar laut.
"Suhu bumi yang semakin panas boleh mencairkan bongkah ais di kawasan kutub. Jika ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan mencair, ia boleh menyebabkan banjir besar pada dunia," katanya ketika dihubungi.
Mohamad Ali tidak menolak kemungkinan berlakunya kemusnahan alam besar-besaran kerana teori kepupusan haiwan dan tumbuhan purba bagai menunjukkan jawapannya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlakunya fenomena alam berangkai yang dinamakan chain reaction sekali gus mencetuskan bencana yang amat dahsyat.
"Gempa bumi boleh menolak air laut ke atas permukaan bumi. Apabila ia berlaku, bumi berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan itu lalu menghasilkan 'tindakan-tindakan' melampau. Kejadian hujan batu dan salji turun di benua Afrika adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan penyesuaian itu," ujarnya.
Dalam pada itu, NASA baru-baru ini menafikan kewujudan planet Nibiru atau planet X yang dikatakan muncul berhampiran bumi dan bakal melanggarnya pada tahun 2012 berdasarkan teori kaum Mayan.
"Planet ini tidak wujud," kata saintis NASA, Dr. David Morrison yang mendakwa menerima beribu-ribu e-mel berunsur kebimbangan berhubung kiamat yang dikatakan akan berlaku pada 2012.
Terma Kosmofobia
Morrison berpendapat, minat manusia yang semakin berkembang terhadap angkasa lepas telah membawa kepada satu terma iaitu 'kosmofobia'.
"Semakin manusia mengenali angkasa lepas, manusia semakin takut kepada ancaman cakerawala seperti ribut solar, lubang hitam dan Milky Way.
"Ramalan kiamat mungkin boleh meninggalkan kesan yang paling buruk iaitu membuatkan manusia takut terhadap unsur-unsur kosmos iaitu bidang astronomi dan alam semesta," ujarnya.

Ahad, 2009 November 08

Putera-Puteri Ku



Isnin, 2009 Oktober 26

Aku Dah Jadi Atuk

23 Oktober 2009 jam 6.55pm adalah tarikh dan masa di mana aku telah bergelar Atuk. Aku seperti tidak percaya bahawa aku dah menjadi atuk. Cucu pertama ku ini perempuan dan di beri nama NUR AINA AZWIN.
Apabila aku terpandangkan muka cucuku ini, aku terbayangkan muka anak-anakku masa masa bayi dulu. Wajahnya tak ubah seperti adik beradik bapanya masa bayi dulu.



 

Ahad, 2009 September 06

Isu Tuntutan Kenaikan Gaji Pembantu Rumah

Isu mengenai pembantu rumah di Malaysia telah berlarutan sejak dari dulu lagi. Isu yang terbaharu ialah tentang tuntutan kenaikan gaji Pembantu Rumah Indonesia. Sementara ini Kementerian Sumber Manusia belum bercadang membuat apa-apa pengumuman mengenai usul Kerajaan Indonesia berkaitan tuntutan supaya menaikkan gaji pembantu rumah dari RM400 kepada RM600.Rata-rata majikan yang mengambil pembantu rumah dari Indonesia tidak setuju dengan tuntutan tersebut.

Dengan gaji RM600 seperti yang dituntut oleh Kerajaan Indonesia tersebut, adalah baik jika pengambilan pembantu rumah tidak lagi diambil dari negara-negara jiran. Ramai penduduk tempatan akan menerima kerja sebagai pembantu rumah sekiranya gaji yang ditawarkan adalah sebanyak RM600 sebulan.

Alasan bahawa penduduk tempatan tidak berminat menjadi pembantu rumah adalah tidak boleh diterima. Khasnya penduduk pedalaman di Sabah, Mereka sebenarnya hidup dalam serba kekurangan. Dengan tinggal di pedalaman apalah yang dapat menyara hidup mereka.
Sekiranya belia-belia ini diberi peluang bekerja sebagai pembantu rumah, pasti mereka menerima tawaran tersebut.

Apa yang perlu, kerajaan perlulah mencari cara bagaimana supaya mereka ini dapat tahu bahawa ada peluang perkerjaan untuk mereka.
Mereka tinggal jauh di pedalaman bagaimana mereka nak mengetahui adanya tawaran pekerjaan untuk mereka, selain krajaan mengambil langkah memperomosikan tawaran pekerjaan kepada mereka.

Sekarang ini ramai belia-belia ini pergi ke bandar-bandar besar seperti Kota Kinabalu dengan bekerja di kedai-kedai atau pasaraya-pasaraya dengan gaji di bawah RM500. Mereka terpaksa menyewa rumah dan untuk pergi kerja pula terpaksa mengeluarkan tambang setiap hari. Jadi berapakah yang dapat mereka kirim ke kampung dengan gaji mereka yang tidak seberapa itu.

Sekiranya kerajaan mengambil langkah menguruskan pengambilan pembantu rumah ke kawasan pedalaman negara kita ini, masalah tuntutan-tuntutan dan pengambilan pembantu rumah dari negara jiran tidak akan menjadi isu yang berlarutan dari dulu sehingga sekarang ini.